mutakhir

Dalami ilmu percetakan akhbar

Shah Alam: Seramai 39 murid bersama empat guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (SKBL), Damansara Perdana teruja mengadakan lawatan sambil belajar di kilang percetakan akhbar di Balai Berita Shah Alam (BBSA) di sini, semalam.

Lawatan itu memberi pendedahan berkaitan proses percetakan surat khabar yang diterbitkan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Penolong Kanan Pentadbiran Rohani Othman berkata, 95 peratus murid sekolah itu adalah Orang Asli dan lawatan berkenaan sangat bermakna bagi mereka mengetahui kaedah pencetakan akhbar.

“Di sini mereka dapat melihat proses penerbitan akhbar dan belajar bagaimana surat khabar yang mereka sering gunakan dalam sesi pembelajaran dicetak dengan lebih dekat lagi.

“Aktiviti ini adalah hasil usaha kerjasama pihak sekolah bersama New Straits Times (NST) dalam program NST Outreach 2015,” katanya ketika dtemui di sini, semalam.

NST Outreach 2015 adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) NST dan SKBL Damansara Perdana adalah sekolah pertama dipilih menjadi sekolah angkat.

Disiarkan pada: October 13, 2015 @ 7:31am
d