mutakhir

Ulang kaji pelajaran di wad

Kota Bharu: “Biarpun sakit, saya tetap akan lakukan yang terbaik untuk memperoleh keputusan cemerlang,” kata Mohammad Akmal Syahmi Mahasrudin, 15, yang menduduki Penilaian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas kaki kirinya patah akibat terbabit dalam kemalangan minggu lalu.

Menurut Akmal, dia baru saja menjalani pembedahan memasukkan besi pada bahagian betis sebelah kaki kirinya.

Katanya, ia bagaimanapun tidak melemahkan semangatnya menjawab kertas Bahasa Melayu dan Matematik, semalam.

“Walaupun dalam keadaan sakit dan hilang fokus, saya tetap berusaha menjawab sebaik mungkin untuk memperoleh keputusan yang baik.

“Saya mahu menjadi contoh terbaik kepada adik-adik yang lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar biarpun terpaksa menjawab peperiksaan sambil menahan kesakitan,” kata anak sulung daripada lima beradik itu ketika ditemui di HUSM di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 13, 2015 @ 10:33am
d