mutakhir

Mekanik dibelasah ketika sarapan

Kajang: Seorang mekanik menerima enam jahitan di dahi dan belakang kepala selepas dipukul dengan besi oleh individu tidak dikenali ketika sedang menikmati sarapan pagi.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi semalam, mangsa berusia 25 tahun bersama seorang lagi rakannya berada di sebuah restoran di Sungai Chua, di sini.

Sumber berkata, mangsa kemudian dihampiri dua individu tidak dikenali yang membawa sebatang besi, topi keledar dan alat renjatan elektrik.

“Salah seorang suspek menyapa mangsa dengan bertanya sama ada mangsa adalah samseng dan mengenalinya.

“Namun mangsa menafikan sebelum suspek terus memukul batang besi ke arah dahi dan belakang kepala mangsa. Suspek turut menumbuk mata mangsa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 13, 2015 @ 10:36am
d