mutakhir

Pulih 'wajah' usang

Oleh Shaiffulazhar Misri

Ledang: Idea mewarnakan semula kasut ketika menguruskan perniagaan pakaian dan kasut terpakai menjadi sumber rezeki tambahan kepada seorang imam muda apabila menerima tempahan daripada orang ramai yang berminat mendapatkan perkhidmatannya.

Muhammad Al-Hidayat Khalid, 28, berkata, idea mewarna semula kasut usang dilakukan sendiri selepas terbaca beberapa laman sesawang mengenai alat yang sesuai untuk melakukan proses berkenaan berdasarkan material kasut berbeza.

“Sebelum ini, saya mengambil stok kasut terpakai daripada pembekal dan ada sesetengah daripadanya dalam keadaan usang dan pudar.

“Saya membuat kajian dari laman web dan menjumpai cara mewarna semula kasut yang pudar supaya kelihatan baru,” katanya.

Katanya, eksperimen dilakukan terhadap kasut miliknya sendiri akhir tahun lalu menemukan formula berkenaan dan tempoh tiga hari diperlukan untuk mewarna dan kemasan.

“Selepas siap, saya memaparkannya di laman sosial dan mendapat maklum balas positif selepas beberapa pelanggan menunjukkan minat dengan bertanyakan mengenai harga untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan,” katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 15, 2015 @ 7:59am
d