mutakhir

80 CCTV dipasang di Stadium Shah Alam

Shah Alam: Sebanyak 80 kamera litar tertutup (CCTV) siap dipasang di sekeliling Stadium Shah Alam, di sini, oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohamad Saad berkata, pemasangan CCTV yang membabitkan kos RM2.5 juta itu dimulakan sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, dia bersama Pengerusi Piala Sultan Selangor Tan Sri Abd Karim Munisar melawat stadium bagi melihat sendiri bagaimana CCTV dipasang minggu lalu.

“Rancangan bagi pemasangan CCTV berkenaan bukan keputusan baru, malah skrin besar yang menghubungkan CCTV turut dipasang bagi memantau jika berlaku insiden rusuhan.

“Ini membantu pihak berkuasa bertindak pantas menanganinya,” katanya pada majlis menandatangani ikrar tujuh nilai teras di Wisma MBSA, di sini, kelmarin.

Disiarkan pada: October 15, 2015 @ 8:11am
d