mutakhir

Taasub kejar kemewahan

Kuala Lumpur: “Saya bersyukur dapat balik tiga biji rumah yang pada awalnya sudah diserahkan kepada along. Semuanya kerana minat untuk mencuba pelbagai jenis pelaburan yang ditawarkan menyebabkan saya sanggup membuat pinjaman peribadi dan ceti haram sehingga menanggung hutang RM1.2 juta,” kata Hashim, 35, mangsa along yang hampir kehilangan aset untuk membayar hutang.

Ini semua gara-gara ketaasubannya untuk mendapat untung mudah menerusi pelaburan emas yang ditawarkan kepadanya menerusi satu taklimat tahun lalu, menyebabkan dia begitu ghairah melabur menggunakan wang pinjaman along sebanyak RM360,000.

Katanya, semuanya bermula awal tahun ini ketika dia menerima kunjungan seorang rakan untuk berjumpanya, namun selepas ditawarkan pelaburan emas, dia merasakan ia adalah peluang untuk mengubah nasib hidupnya yang hanya bekerja sebagai eksekutif.

“Saya buat pinjaman peribadi daripada sebuah bank berjumlah RM150,000. Wang itu sepatutnya saya gunakan untuk membaik pulih rumah di Damansara, namun saya gunakan untuk pelaburan emas yang saya jangkakan boleh memberikan pulangan berkali ganda.

“Bila diterangkan mengenai faedah, saya menjadi lebih berminat sehingga sanggup meminjam RM210,000 dengan tiga along untuk pelaburan itu. Namun saya tidak pernah mendapat untung sedikit pun sebaliknya menanggung hutang dan kerugian berjumlah RM1.2 juta,” katanya ketika membuat aduan kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yati Saharudin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 15, 2015 @ 10:14am
d