mutakhir

Sumber sambal hitam

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuala Lipis: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini giat mengadakan kempen menanam pokok belimbing buluh bagi memenuhi permintaan usahawan tani yang mengusahakan produk sambal hitam.

Setakat ini, ada kira-kira 100 petani yang mengusahakan tanaman berkenaan membabitkan kawasan lebih 50 hektar di daerah ini, Raub dan Jerantut malah jumlah mereka dijangka bertambah secara berperingkat.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA Mansor Omar berkata, permintaan yang meningkat terhadap produk sambal hitam atau sambal Pahang memaksa pihaknya mempergiatkan usaha menambahkan pengeluaran buah belimbing buluh.

Katanya, sebelum ini kebanyakan usahawan sambal hitam yang terdiri daripada kaum wanita hanya menanam pokok belimbing buluh di kawasan rumah membabitkan tiga hingga lima pokok saja bagi kegunaan sendiri dan jiran.

Katanya, namun disebabkan permintaan semakin bertambah terhadap sambal hitam di Pahang dan beberapa negeri lain, usaha meningkatkan pengeluaran buah belimbing buluh perlu dilakukan secara berperingkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 16, 2015 @ 7:51am
d