mutakhir

KPTM Kuala Lumpur kini kolej universiti

Selepas menunggu tiga tahun, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuala Lumpur kini dinaik taraf sebagai kolej universiti, Khamis lalu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya Dr Mohd Haizam Mohd Saudi berkata, berita gembira itu dimaklumkan Jabatan Pengajian Tinggi melalui surat kebenaran dikeluarkan.

“Sejak menghantar permohonan untuk dinaikkan taraf sebagai kolej universiti tiga tahun lalu, akhirnya kita mendapat berita gembira ini selepas permohonan kita didapati menepati syarat ditetapkan.

“Menerusi pengiktirafan itu, institusi berkenaan kini dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pertandingan Futsal dan Penyerlahan Bakat CommFest Kick-it 2015 di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Negara Datuk Seri Abd Halim Abd Samad.

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya akan mengambil penuntut sulung bagi program Ijazah Sarjana Muda mulai 2 November depan.

Sebagai permulaan, ia membabitkan lima bidang iaitu Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Komunikasi Korporat, Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Muda Inggeris Gunaan (Applied English) dan Sarjana Muda Informasi Keselamatan.

Disiarkan pada: October 18, 2015 @ 9:17am
d