mutakhir

Pil perangsang dalam kotak buah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: Kotak kerepek dan buah-buahan digunakan sindiket penyeludupan jamu, ubatan dan pil perangsang seks haram untuk membawa masuk produk itu ke negara ini melalui Indonesia.

Taktik terbaru itu dikesan susulan rampasan beribu produk tidak berdaftar itu yang disembunyikan di dalam kotak tertera tulisan produk kerepek dan emping di sekitar ibu kota.

Salah seorang peniaga produk ubat-ubatan dan pil perangsang seks haram buatan Indonesia berkata, produk haram itu sengaja dimasukkan ke dalam kotak makanan bertujuan menyukarkan pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan rampasan.

Dia yang diberkas dalam operasi BPF di Chow Kit, baru-baru ini, berkata, sindiket turut menggunakan pelbagai kotak lain termasuk kotak mi segera, kicap dan cili sos diimport dari negara jiran.

“Biasanya kotak berisi produk dilarang ini akan sengaja dicampurkan dengan pelbagai kotak produk makanan sebenar di dalam kontena bagi menyukarkan ia dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Peniaga berasal dari Padang, Indonesia itu mendakwa kotak berisi produk dilarang itu kemudian akan dihantar kepada pembekal terutama di sekitar Jalan Raja Alang dan Chow Kit, di sini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 25, 2015 @ 5:02am
d