mutakhir

Jangan degil!

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyambut Hari Karbala pada 10 Muharam setiap tahun.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, tindakan mengikut enakmen undang-undang Islam negeri akan diambil sekiranya ada pihak tertentu yang masih berdegil dan menyambut sambutan itu.

Beliau berkata, JAIS juga bekerjasama dengan polis untuk memastikan tiada sambutan Hari Karbala dibuat pada 10 Muharam.

“Tindakan tegas akan diambil JAIS terhadap individu yang terbabit dengan sebarang kegiatan fahaman Syiah di negeri ini.

“Ini berikutan fahaman berkenaan diwartakan sebagai menyeleweng dan bercanggah daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 13 Oktober 2013,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti kumpulan Syiah di negeri ini digesa melaporkan terus kepada JAIS dengan menghubungi talian 1800-88-2424 untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: October 25, 2015 @ 5:10am
d