mutakhir

RM60 yuran merempit

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Mereka aktif pada malam minggu dan menggunakan aplikasi Wechat untuk mencari peserta lumba haram selain mengenakan yuran sebanyak RM60 untuk setiap pelumba.

Itu modus operandi penganjur lumba haram untuk ‘memancing’ mat rempit bagi menyertai perlumbaan di lebuh raya di daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

Yuran yang dikenakan itu akan dijadikan habuan kepada pemenang mengikut kategori dipertaruhkan dan Lebuhraya Klang-Shah Alam (KESAS) akan menjadi litar lumba.

Bagaimanapun, ‘promosi’ dua lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang menjadi viral kerana terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya KESAS berakhir apabila ditahan polis minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua lelaki itu ditahan di Shah Alam dan Klang jam 12.30 tengah malam, 17 Oktober lalu, selepas risikan rapi dijalankan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Katanya, penahanan suspek dibuat susulan kes kemalangan mat rempit yang berlumba di Lebuhraya KESAS hujung September lalu membabitkan sekurang-kurangnya empat pelumba.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 25, 2015 @ 5:18am
d