mutakhir

Anak kaku di lantai

Oleh Asrizal Aris

Kampar: Seorang jurugambar ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas lantai dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam bilik di sebuah kedai gambar di Jalan Idris, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Lee Ming Cheong, 32, ditemui mati dalam keadaan lengkap berpakaian oleh ibunya yang datang kedai untuk memulakan perniagaan mereka.

Sumber berkata, ibu mangsa yang juga pemilik kedai berasa tidak sedap hati selepas melihat pintu kedai tidak berkunci sebelum bergegas masuk mencari anaknya itu.

Kata sumber itu, ibu mangsa yang terkejut apabila menemui anaknya dalam keadaan terbaring terus bertindak menelefon ambulans dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Kampar.

Menurut sumber itu lagi, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 26, 2015 @ 7:59am
d