mutakhir

Gempur litar berani mati

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kajang: Sekumpulan ‘mat rempit’ termasuk disertai pelajar sekolah mempamerkan aksi berbahaya memecut melawan arus bagi membuktikan keberanian gila masing-masing.

Lagak ngeri kumpulan itu yang gemar berlumba di Lebuhraya Besraya (BESRAYA) dan Lebuhraya Grand Saga berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, di sini, berakhir apabila semua mereka ditahan polis malam, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 11 malam hingga jam 4.30 pagi semalam, seramai lebih 20 anggota polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengepung kawasan itu melalui operasi Ops Samseng diadakan.

Operasi diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang Deputi Superintendan Azmi Wahid itu berjaya memberkas 53 ‘mat rempit’ yang berlumba haram di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, semua kumpulan remaja dan belia berusia awal 20-an itu dilihat berkumpul di stesen minyak berhampiran sebelum berlumba.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 27, 2015 @ 8:47am
d