mutakhir

'Awak kena jaga amanah'

Oleh Helmy Abd Rahman

Kuala Terengganu: Seorang wanita yang juga pengasuh bayi dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mendera bayi lelaki berusia 13 bulan dalam kejadian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bukit Kecil, di sini, 15 Oktober lalu.

Raja Norafida Adilla Raja Hussin, 23, dari Jalan Bukit Keluang, Besut, dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu selepas Hakim Murtazadi Amran berpuas hati dengan hujah dikemukakan Timbalan Pendakwaraya Zalina Awang @ Mamat dan peguam tertuduh, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

Sebelum membuat keputusan itu, Murtazadi berkata, tertuduh sepatutnya menjaga amanah dan kepercayaan diberikan ibu mangsa untuk mengasuh bayinya, bukannya bertindak di luar batasan.

Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha sebelum itu mohon supaya Murtazadi meringankan hukuman berikutan kesalahan berkenaan pertama kali dilakukan selain tertuduh sudah insaf atas perbuatannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 27, 2015 @ 8:52am
d