mutakhir

Derita cakaran kucing

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: “Saya runsing memikirkan nasib selepas ini, bukan saja tidak mampu bergerak secara normal kerana parkinson, tetapi sekarang kaki kiri pula dipotong kerana kencing manis,” kata Rusali Agil, 54, dari Kampung Padang Kemasek, Kemaman.

Rusali berkata, kehidupannya yang sebelum ini ceria dengan pelbagai aktiviti diminati termasuk memancing bertukar menjadi suram apabila disahkan menghidap parkinson sejak 2005.

“Sejak menghidap parkinson, pergerakan saya semakin hari semakin perlahan dan segala aktiviti termasuk pekerjaan dan hobi memancing dilupakan.

“Penyakit parkinson itu membuatkan pergerakan saya terhad, hanya tuhan saja yang memahami kepayahan perlu ditanggung penghidap penyakit ini.

“Sebelum ini, saya hanya melihat peninju lagenda dunia, Muhammad Ali yang menderita menghidap penyakit itu, tetapi sekarang saya sendiri dapat merasainya,” katanya yang pernah berkerja sebagai penjaga kilang di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Chukai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 27, 2015 @ 9:08am
d