mutakhir

Pegawai syarikat dituduh rasuah

Shah Alam: Seorang lelaki yang juga bekas penyelaras projek DiGi Telecommunications Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM5,000 empat tahun lalu.

Dalam pertuduhan pertama Yap Fee Kon, 56, (gambar) didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada kontraktor Chan Wah Peng sebagai upah bagi membantu Syarikat C Two Art mendapat projek pengubahsuaian iaitu ‘Digilize for PDA Expert Samsung Kiosk’ dan ‘Additional TV to PDA Expert DiGi Internet Kiosk’, kedua-duanya di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 1 Mac 2011 jam 11.50 malam di tempat letak kereta Restoran Ali Maju, Ukay Perdana, Ampang.

Bagi pertuduhan kedua, Yap didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Chan sebagai upah bagi dirinya membantu Syarikat C Two Art mendapat projek pengubahsuaian iaitu ‘Design and Renovation Works For DSS Outlet’ di Taman Plaza, Petaling Jaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 28, 2015 @ 7:50am
d