mutakhir

Duit masuk akaun sendiri

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Seorang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan memasukkan wang RM16,200 milik Kelab Kakitangan Pusat Kejenteraan Ladang (PKL) Kasar ke dalam akaun peribadinya.

Tertuduh, Karim Razab, 54, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.

Mengikut pertuduhan, dia selaku Pengurus PKL Kasar yang memegang jawatan Pengerusi Kelab Kakitangan PKL Kasar didakwa melakukan kesalahan itu di Bank Islam cawangan Pasir Mas pada jam 3 petang, 30 Ogos 2012.

Untuk kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 28, 2015 @ 8:22am
d