mutakhir

Peniaga dihambat kayu golf

Miri: Seorang penjual buah-buahan cedera di tangan dan kaki selepas dipukul seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kayu golf di pasar tamu dekat Pujut Padang Kerbau, di sini, kelmarin

Dalam kejadian jam 5.30 petang, lelaki warga emas berusia 60-an itu berniaga di kawasan pasar tamu berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Sumber berkata, mangsa terkejut apabila suspek yang berusia 40-an itu tiba-tiba menyerangnya dan memukulnya bertubi-tubi sehingga terjatuh.

Menurutnya, orang ramai di kawasan itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila suspek melarikan diri sejurus kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2015 @ 7:15am
d