mutakhir

Baik pulih siap Mac

Oleh Siti Rohana Idris

Kuala Krai: Jambatan Kemubu yang menjadi laluan utama kereta api dari Gua Musang ke Kemubu seterusnya ke Tumpat dijangka beroperasi Mac tahun depan.

Ini berdasarkan proses pemulihan jambatan itu yang musnah akibat bencana banjir, Disember tahun lalu, yang sudah menghampiri fasa kedua pembangunannya.

Semalam, proses meletakkan semula kerangka jambatan dilakukan membabitkan dua kren yang berkemampuan mengangkat beban seberat 200 hingga 250 tan.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, dalam tempoh pemulihan fasa pertama, kerangka jambatan seberat 112 tan diletakkan ke landasan asal.

“Kemudian kita akan melakukan percubaan dengan menggunakan kereta api penumpang biasa sambil fasa kedua membabitkan analisa struktur binaan bagi meningkatkan beban daripada 16 tan kepada 20 tan.

“Menjelang Mac tahun depan, fasa pertama dan kedua akan selesai dan Laluan Pantai Timur boleh dibuka sepenuhnya,” katanya ditemui selepas melakukan tinjauan jambatan itu di Kampung Kemubu, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2015 @ 9:25am
d