mutakhir

PM2.5 ukur IPU lebih jitu

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Kerajaan perlu mempercepatkan penggunaan teknologi kadar ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU) 2.5 mikrometer (PM2.5) memandangkan bacaan IPU ketika ini tidak sama seperti keadaan jerebu sebenar sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Bagi tujuan itu, Progressive Impact Corporation Berhad (PICORP), sebuah syarikat pengurusan kualiti udara, mengatakan mampu memasang alat berkenaan dalam masa tiga bulan di semua 52 stesen pengawasan kualiti udara automatik (CAQM) di seluruh negara.

Pengarah Urusan Eksekutifnya, Zaid Abdullah berkata, syarikat berkenaan bersedia untuk memasang, mengendali dan menyelenggara jaringan 52 stesen CAQM.

“Kerajaan tidak perlu tunggu tahun depan atau 2017 kerana PICORP mampu memasang alat berkenaan dalam masa tiga bulan di semua stesen memandangkan kami hanya perlu menaik taraf peralatan jenis PM10.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2015 @ 9:28am
d