mutakhir

Kerani bank tumbuk rakan sekerja didenda RM1,500

Kuala Lumpur : Tindakan seorang kerani bank yang menumbuk rakan sekerjanya kerana perselisihan faham membawa padah apabila dia didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ezral Mohamad Sabidi, 43, apabila dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Ninthianathan, 44, jam 9.30 pagi, 30 Mac lalu di tepi jalan Citibank Jalan Ampang, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2015 @ 9:37am
d