mutakhir

Mangsa mungkin retak tempurung kepala

Kota Bharu: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai didera teman lelaki ibunya mungkin mengalami keretakan tempurung kepala.

Nenek kanak-kanak itu dikenali sebagai Zah, 45, berkata, ia berdasarkan pemberitahuan awal doktor yang merawat cucunya di Wad Pergantungan Khas (HDW) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Namun, katanya, laporan perubatan lengkap belum dikeluarkan dan dia berharap cucunya tidak cedera serius.

“Jika dibayangkan perbuatan lelaki itu terhadap cucu saya, tidak mustahil dia cedera teruk termasuk tempurung kepala retak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 29, 2015 @ 9:45am
d