mutakhir

Meronta genggam nombor

Seremban: Seorang lelaki bertindak merempuh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), dalam cubaan melarikan diri sebaik menyedari premis menjual nombor ramalan di Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, diserbu pihak berkuasa, kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan lelaki berusia 30-an itu gagal apabila dicekup anggota penguat kuasa jabatan agama terbabit dalam operasi bermula jam 4 petang.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, lelaki terbabit antara 11 individu yang ditahan dalam Op Mungkar di tiga premis di Jalan Dato Bandar Tunggal, Jalan Pasar dan Jalan Cendana, di sini.

Katanya, dalam operasi di Jalan Dato Bandar Tunggal, lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri sebelum bertindak merempuh anggotanya.

Menurutnya, dalam pergelutan itu, suspek yang bertopi keledar dilihat masih memegang nombor ramalan yang baru dibeli di premis berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 3, 2015 @ 7:06am
d