mutakhir

Redah 300km tanpa lesen

Oleh Mohd Sah Muda

Mersing: Seorang pemuda berusia 25 tahun bukan saja tidak memiliki lesen memandu, tetapi sanggup memperjudikan nyawanya apabila memandu treler bermuatan kontena secara berseorangan sejauh 300 kilometer (km) dari Kuantan, Pahang ke FELDA Tenggaroh, dekat sini.

Perjalanan jauhnya itu bagaimanapun tidak berbaloi apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di Kilometer 45, Jalan Mersing-Kota Tinggi (berhampiran FELDA Tenggaroh), pada jam 12.40 tengah hari, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, tindakan menahan pemuda itu selepas didapati memandu tanpa lesen sah hingga membahayakan nyawa pengguna lain.

“Dia bukan saja tidak memiliki lesen, tetapi bayangkan kesan perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer itu akan memberi implikasi keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

“Pemuda berkenaan kini ditahan, manakala pemilik kenderaan berat itu turut dipanggil ke balai polis bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu, termasuk membenarkan trelernya dipandu pemuda berkenaan,” katanya pada sidang media di IPD Mersing, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 7, 2015 @ 5:46am
d