mutakhir

Bagai dalam lukisan

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: “Sebelum ini saya hanya lihat gambar mural yang dimuat naik kenalan di laman sosial Facebook saja, tidak sangka ia secantik ini,” demikian ulasan Farah Syifa Suhaimy, 20, ketika berkunjung ke Lebuh Armenian.

Farah Syifa yang berasal dari Seberang Jaya, Seberang Prai berkata, ia kunjungan kali pertama bagi melihat sendiri keunikan mural yang dihasilkan pelukis jalanan di kawasan berkenaan.

Dia berkata, mural yang digemarinya adalah lukisan dua kanak-kanak menaiki basikal dan kanak-kanak lelaki di atas motosikal. Pengunjung bukan saja bergambar, malah boleh melakukan pelbagai gaya dan aksi seolah-olah berada dalam lukisan berkenaan.

“Tidak terasa penat berjalan kaki kerana leka melihat kecantikan seni dinding ini dan mural turut menyerikan bangunan lama di sini.

“Sebagai penduduk dari tanah besar, kami turut mengalu-alukan pelukis jalanan supaya dapat menghasilkan karya mereka di bahagian Seberang Perai pula,” katanya yang berkunjung bersama rakan, Fatin Hanini Shaari, 20.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 11, 2015 @ 8:23am
d