mutakhir

582 terima darjah kebesaran, pingat

Kota Bharu: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengetuai senarai 582 penerima darjah kebesaran, pingat dan bintang sempena Hari Keputeraan Ke-46 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Mohd Amar menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk. Turut menerima darjah sama ialah Presiden Akademi Sains Malaysia Tan Seri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Pengarah Strategic Planning & Liason (Military) Syarikat Target Resources Sdn Bhd Datuk Mamat Ariffin Abdullah menjadi penerima tunggal bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang juga membawa gelaran Datuk.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), tiga penerima diketuai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Datuk Ir Yusoff Ismail, pesara Pesuruhjaya Polis Tan Sri Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Tiga penerima bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 11, 2015 @ 8:25am
d