mutakhir

Tauke bot tak menang tangan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Pengeluar bot fiber di sini ‘tidak menang tangan’ menyiapkan tempahan daripada penduduk sebagai persiapan menghadapi banjir yang dijangka melanda beberapa negeri di pantai timur, pada akhir tahun ini.

Mulai Oktober lalu, bilangan pelanggan yang menempah bot berkenaan meningkat sekali ganda kepada 200 bot berbanding 100 bot pada bulan sebelumnya.

Kebanyakan tempahan diterima daripada penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan terjejas teruk akibat banjir besar tahun lalu termasuk Temerloh dan Pekan.

Kakitangan Berjaya Fiber Enterprise, Li Chit, 59, berkata, kebanyakan pelanggan memilih bot berkenaan yang mudah digunakan sekiranya kawasan rumah mereka ditenggelami banjir.

Menurutnya, ia memandangkan bot itu lebih ringan dan mudah digunakan untuk tujuan memantau keselamatan harta benda ketika banjir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 12, 2015 @ 8:10am
d