mutakhir

Kecut perut

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sindiket gores dan menang yang masih memperdaya mangsa di sekitar Lembah Klang sejak awal minggu ini mengosongkan premis mereka selepas beberapa kali diserbu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Terbaru semalam, dua premis masing-masing di Taman Miharja dan Taman Tasik Permaisuri lengang tanpa sebarang aktiviti perniagaan dipercayai selepas beberapa siri serbuan sebelum ini.

Aktivis PPIM Mohd Yusof Azmi berkata, serbuan dijalankan hasil laporan pengadu yang kerugian RM265,000 selepas diperdaya sindiket ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah minggu lalu.

Bagaimanapun, ketika Unit Tindakan Khas PPIM tiba, tiada operasi perniagaan seperti biasa malah pekerja premis di Bandar Tasik Permaisuri memaklumkan pejabat mereka ditutup sejak seminggu lalu.

“Kita dihubungi wakil jualan memaklumkan mereka mahu membayar balik wang, namun hanya separuh daripada jumlah keseluruhan. Bagaimanapun, mereka tidak tampil seperti dijanjikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 12, 2015 @ 8:20am
d