mutakhir

Suka-suka bawa duka

Keningau: Hanya kerana ‘suka-suka’, seorang ibu muda akhirnya ‘memakan diri’ apabila ditahan polis selepas didapati sengaja menyebarkan maklumat palsu kononnya tiga sepupunya cuba diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng di sebuah kampung, di sini, melalui laman sosial Facebooknya.

Suspek ditahan di sebuah premis di pekan Keningau, jam 11.10 pagi kelmarin, berdasarkan laporan polis berhubung penyebaran maklumat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, wanita itu dipercayai sengaja membuat kenyataan di FB dan mendakwa berlaku kes penculikan oleh tiga lelaki bertopeng, namun kanak-kanak itu dapat menyelamatkan diri.

“Hasil siasatan mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dan dipercayai suspek melakukan semata-mata untuk ‘berseronok’, namun penyebaran maklumat itu menyebabkan keresahan dan kegusaran masyarakat setempat.

“Kami menahan wanita itu di rumahnya dan merampas dua telefon bimbit,” katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 13, 2015 @ 7:43am
d