mutakhir

Polis terus kumpul maklumat

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kapar : Walaupun pusat operasi di Kampung Buloh Telur di Kuala Kubu Bharu di sini, ditutup buat sementara, polis terus mengumpul maklumat berhubung kehilangan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat I, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu, 53.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, setakat ini tiada petunjuk diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan carian di seluruh kawasan hutan di Kampung Buloh Telur untuk mengesan Jashiah.

Beliau berkata, tiada petunjuk di kawasan carian selain maklumat yang diperoleh juga minimum menyebabkan operasi dihentikan sementara.

“Bagaimanapun, operasi di kawasan itu akan dimulakan semula jika kami mendapat maklumat baru yang boleh membantu pencarian.

“Kami juga akan melakukan siasatan di kawasan berhampiran kerana kemungkinan maklumat baru diperoleh khususnya daripada penduduk setempat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Klang Utara di Balai Polis Kapar di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 13, 2015 @ 9:19am
d