mutakhir

Mengaji dalam kontena

Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Berikutan kekangan ruang, sebuah pusat tahfiz di Jalan Durian 5, Taman Kota Masai, di sini, terpaksa mengoptimumkan kemudahan yang ada termasuk menggunakan kontena bagi memastikan urusan pembelajaran 33 pelajarnya berjalan lancar.

Kontena itu digunakan sebagai dapur berikutan semua lima bilik dan ruang yang ada di dalam rumah dua tingkat terbabit digunakan sebagai kemudahan tempat belajar, beribadat, tidur serta makan.

Pengetua Madrasatul Quran Pasir Gudang Mohamad Fahdly Jaapa berkata, dia menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan tahfiz berkenaan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Johor selepas bapanya yang juga penasihat tahfiz berkenaan, Jaapa Hitam meninggal dunia September lalu.

Beliau berkata, cabaran utama yang dihadapi adalah masalah kekurangan ruang, sekali gus membatasi kemudahan untuk kegunaan pelajar dan tenaga pengajar.

Menurutnya, buat masa ini penghuni pusat berkenaan adalah kumpulan pelajar lelaki berusia 13 hingga 18 tahun yang berasal dari Pasir Gudang, Johor Bahru dan Kuantan, Pahang.

“Bangunan ini bukan milik kami sebaliknya ia disewa. Namun, pemilik bangunan ini seorang yang berhati murni apabila membenarkan kami melakukan kerja membaik pulih atau menaik taraf bangunan demi keselesaan penghuni pada bila-bila masa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 13, 2015 @ 9:24am
d