mutakhir

'Kutub Selatan aku datang...'

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Saya yakin dapat harungi keadaan cuaca sejuk di Kutub Selatan kerana pernah berdepan cuaca negatif 40 darjah Celsius pada sesi latihan intensif di beberapa negara sebelum ini,” kata penjelajah tunggal negara bagi Misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Rentas Kutub Selatan 2015, Shahrom Abdullah.

Shahrom, 36, berkata, cuaca sejuk di Kutub Selatan berada sekitar negatif 15 darjah Celsius pada hari biasa dan boleh mencecah sehingga negatif 40 darjah Celsius ketika angin kencang.

“Bagaimanapun saya bersedia mengharungi semua cabaran itu hasil latihan intensif sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Turut hadir Presiden Kelab KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Pengarah Media KE7B, Hazran Mohamed.

Shahrom berlepas ke Punta Arenas, Chile sebelum terbang ke Union Glacier, Antartika bagi memulakan misi ekspedisi yang dijangka bermula 21 November ini ditemani dua penjelajah masing-masing dari United Kingdom (UK) dan Jordan serta jurupandu arah berasal dari Kanada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 13, 2015 @ 10:36am
d