mutakhir

Terus bekerjasama bantu kesan Jashiah

Tanjung Karang: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan bekerjasama dan membantu pihak berkuasa mengesan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat Satu, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 23 Oktober lalu.

Pengarahnya, Zainuren Mohd Nor berkata, usaha mengesan Jashiah masih diteruskan termasuk mendapatkan perkembangan terkini daripada keluarga serta pihak berkuasa.

“Kami sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Jashiah dan berharap dia segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2015 Parlimen Tanjong Karang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tiram di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar dan Guru Besar SK Sri Tiram Kamal Yusof.

Disiarkan pada: November 18, 2015 @ 5:18am
d