mutakhir

Lesap RM12,000 kerana Maine Coon

Oleh Nur Lela Zulkipli

Petaling Jaya: Impian seorang suri rumah untuk memiliki sepasang kucing baka Maine Coon tidak kesampaian apabila dia ditipu individu yang kononnya memiliki haiwan berkenaan untuk dijual.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Adilah, 27, berkata, dia meminta suaminya membelikan kucing berkenaan sebagai teman di rumah ketika suami keluar bekerja, kira-kira tujuh bulan lalu.

“Saya sunyi di rumah jika suami keluar bekerja. Jadi, saya minta dia belikan sepasang kucing Maine Coon kerana baka itu sangat comel dan manja.

“Saya cuba mencari penjual kucing itu secara dalam talian melalui Instagram sebelum menemui seorang yang banyak pengetahuan mengenai kucing,” katanya.

Menurutnya, penjual meletakkan harga bagi sepasang kucing RM12,000 berikutan pelbagai proses perlu dilalui konon untuk mengimport haiwan berkenaan dari Kanada.

“Selepas berbincang dengan suami, dia bersetuju membeli kucing itu dan saya mengeluarkan sedikit wang simpanan sebelum diserahkan kepada penjual itu.

“Penjual itu meminta saya memasukkan wang ke akaunnya supaya kucing itu dapat diterbangkan dari Kanada ke Malaysia dalam kadar segera, jika tidak, urusan pembelian itu akan terbatal,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 22, 2015 @ 5:11am
d