mutakhir

Warga tempatan jadi ejen

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Sindiket menjual pil dan produk perangsang seks yang diseludup secara haram dari China didalangi warga negara itu

dikesan aktif menggunakan warga tempatan sebagai ejen menjual barangan itu sama ada melalui tempahan atau jualan di pasar terbuka.

Tinjauan dilakukan Metro Ahad mendapati aktiviti penjualan peralatan seks seludup semakin aktif berdasarkan banyak iklan yang diletakkan di merata tempat di kawasan sekitar ibu negara dan Ampang dengan sindiket berkenaan dikatakan mampu menguat keuntungan besar hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Anggota sindiket dikesan menggantung kain rentang ‘promosi’ dengan nombor telefon berbeza pada tiang telefon dan lampu isyarat di beberapa kawasan strategik.

Wartawan yang menyamar pelanggan cuba menghubungi nombor telefon yang tertera sebelum ditawarkan pelbagai peralatan seks berharga murah selain pil rangsangan seks tidak berdaftar.

Tidak kurang juga wujud sindiket menggunakan Facebook atau laman web di Internet untuk memasarkan produk berkenaan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 22, 2015 @ 5:31am
d