mutakhir

'Saya pernah diludah'

Oleh Nur Syazwana Mansor

Yan: “Saya pernah diludah, dimarahi kanak-kanak selain terpaksa memujuk dan mengejar mereka sekeliling kampung sebelum dapat mengkhatankan mereka’.

Itu kata pengamal kaedah berkhatan tradisional atau lebih dikenali sebagai tok mudim, Othman Md Amin, 61.

Othman antara individu yang paling sibuk setiap kali menjelang musim cuti persekolahan memandangkan ia juga menjadi waktu paling sesuai untuk kanak-kanak lelaki Islam berkhatan.

Othman yang berasal dari Kampung Kuala Sungai Yan berkata, dia menceburi bidang itu sejak berusia 25 tahun dan mewarisi kemahiran berkenaan daripada bapanya yang juga tok mudim.

Katanya, pelbagai gelagat kanak-kanak disaksikannya sepanjang 36 tahun berkhidmat sebagai tok mudim sehingga dia sendiri lali dengan perkara itu.

“Antara pengalaman yang sukar dilupakan diludah seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba marah kerana tidak mahu berkhatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 24, 2015 @ 8:51am
d