mutakhir

Advertorial: 'Rasa kopi dibru segar yang saya suka'

‘PELAKON Paling Popular’ di Malaysia 2015, Zul Ariffin sememangnya biasa dengan kopi.

“Saya dulu pernah kerja sebagai barista di sebuah kafe di Bangsar,” katanya.

“Itulah pekerjaan saya masa mula-mula sampai di Kuala Lumpur masa berumur 18 tahun” dia tertawa sambil meneruskan temu bual. “Jangan main-main, saya masih ingat cara-cara buat kopi yang sedap!” usiknya.

Bila ditanya mengenai NESCAFÉ Blend & Brew Zero selepas menikmatinya buat kali pertama, komen beliau: “Rasa kopi dibru dalam paket yang terbaik!” Komennya tulus.

“Saya memang suka rasa kopi yang dibru segar dengan susu,” ujar Zul.

“Salah satu sebab saya suka NESCAFÉ Blend & Brew ialah ianya dalam paket yang mudah dibawa ke mana saja. Jadi dapatlah saya minum kopi kegemaran saya di mana saja, bila-bila masa.”

Dihasilkan daripada biji kopi Robusta yang berkualiti tinggi dan dikedap dalam paket secara individu, NESCAFÉ Blend & Brew menawarkan rasa kopi yang hebat dengan cara yang mudah untuk dinikmati.

Pada bulan Januari, Malaysia telah dipilih untuk menjadi lokasi pertama pelancaran revolusi kopi NESCAFÉ yang melibatkan proses unik.

Dicipta di bawah hak cipta terpelihara Teknologi Satu Langkah oleh NESCAFÉ, ia mengadunkan kopi dibru segar dengan krimer cecair dan susu berkualiti tinggi dari New Zealand yang memberikan kehalusan bagaikan sutera dengan konsisten. Proses ini terbalik daripada cara tradisional dengan menggabungkan semua bahan sebelum dibru.

Empat pilihan telah diperkenalkan iaitu Original, Mild, Rich dan yang terkini ialah Zero. Setiap satu varian memberikan aroma memikat dengan campuran kopi yang sempurna serta dilazatkan lagi dengan krim halus.

"NESCAFÉ Blend & BrewTM cukup serba-serbi dalam memberikan pengalaman kopi yang saya gemari,” ujarnya.

“Paling saya minat ialah varian Rich. Saya memang suka rasanya yang pekat dan aroma yang membangkitkan keceriaan. Kopinya memang ada ‘kick’! Lagi ‘kaw’ lagi sedap.”

Bila Zul memperkenalkan seleksi NESCAFÉ Blend & Brew kepada keluarganya, ia terus mendapat sambutan hangat.

“Kakak saya paling sukakan Original kerana rasanya yang seimbang. Mak pula jarang minum kopi, tapi bila dah rasa Mild, terus jatuh cinta!” Zul bercerita sambil tertawa.

“Halus sangat, mak suka halus macam ni,” Zul meniru suara ibunya.

NESCAFÉ Blend & BrewTM Original menggabungkan adunan kopi terkenal NESCAFÉ dengan jumlah susu dan gula yang sempurna untuk menghasilkan rasa kopi yang lazat. Bagi mereka yang seperti ibu Zul pula, NESCAFÉ Blend & Brew Mild menepati cita rasa mereka, ianya halus bagaikan sutera, biji kopinya juga dipanggang, ditambah pula susu dan disempurnakan lagi oleh buih-buih halus.

Hari ini, NESCAFÉ Blend & Brew dinikmati di seluruh negara, dan menyaksikan permintaan pasaran 2in1 yang semakin meningkat untuk varian tidak ditambah gula*.

Sesuai dengan nama yang diberi, NESCAFÉ Blend & Brew Zero, menawarkan kepada penggemar kopi, pilihan kopi berkualiti tanpa gula* di mana gula boleh ditambah sendiri mengikut cita rasa.

Jadi, apa agaknya pendapat Zul tentang NESCAFÉ Blend & Brew Zero baru? Tidak ditambah gula*?

“Memang terbaik idea tu!” katanya.

“Saya minum lebih daripada satu cawan kopi sehari,” katanya.

“Selalunya saya mulakan hari saya dengan varian Rich, lepas tu bertukar kepada Zero supaya saya dapat mengawal pengambilan gula.”

NESCAFÉ, jenama yang paling digemari di dunia sememangnya komited dalam menepati keinginan pengguna untuk menikmati produk-produk yang berkualiti tinggi.

NESCAFÉ Blend & Brew akan terus memberikan pengalaman kopi yang unik dari segi tekstur, rasa serta aromanya, khusus untuk penggemar kopi.

NESCAFÉ Blend & Brew Zero boleh didapati di pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nescafe.com.my.

*Merujuk kepada sukrosa

Disiarkan pada: November 29, 2015 @ 5:30am
d