mutakhir

10,000 banjiri Jom Heboh

Kuala Lumpur: Malam terakhirKarnival Jom Heboh (KJH) yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara disini malam tadi dibanjiri lebih 10,00 penonton menyaksikan konsert daripada tujuh artis.

Barisan artis yang menghiburkan pengunjung adalah Asmidar, Hazami, Kaka Azraff, Qanda, Amira Othman, Aiman Mamat dan IR Razi.

Acara dua hari itu menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung di gerai Cerekarama, Raudhah, Selera, Banana Land dan Buletin Utama.

Bukan itu saja, pengunjung turut berpeluang berramah mesra bersama pelakon drama TV3, Fezrul Khan, Shah Jaszle, Afzan Rahman, Izzaty Abdullah, Sasqia dan Shawn Lee.

Barisan personaliti TV3 yang membuat kemunculan di KJH adalah Fiza Sabjahan, Teh Syuhaida, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Zaim Helmi Zaini, Hazlin Hussain dan Ahmad Fedtri Yahya.

Karnival diserikan lagi dengan penyampaian tazkirah oleh juara program realiti Da’i musim kedua, Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad di gerai Raudhah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Muhammad Azlan Abdullah turut meluangkan masa berkunjung ke gerai-gerai sambil ditemani Pengurus Besar Pengurusan Projek (PMO) Media Prima Berhad, Halim Masod, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Eksekutif Aktiviti Penjenamaan NSTP, Mohamad Rafiz Abu Bakar.

Disiarkan pada: November 30, 2015 @ 6:18am
d