mutakhir

Jasamu ibu tak ternilai

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kuala Lumpur: “Emak membina rumah dengan kudratnya sendiri ketika anak masih kecil,” kata Sharifah Norbaizura Syied Mohd Safie, 31.

Norbaizura berkata, dia memilih ibunya untuk menyertai peraduan ‘Keranamu, Jadikanku’ untuk menghargai jasa dan pengorbanannya sepanjang menjaga keluarga.

“Siapa tidak sedih pada saat melihat orang lain membesar dengan sempurna, kami terpaksa mendengar emak bertukang membina rumah hampir setiap malam selepas kami semua tidur.

“Pelbagai kerja emak sanggup lakukan bagi mengisi perut anak membuatkan kami lebih bersyukur dengan rezeki yang diperoleh,” katanya ketika ditemui di Bijan Bar & Restaurant, di sini, semalam.

Menurutnya, kesusahan ini membuatnya dia belajar memahami erti pengorbanan, perkongsian dan saling melengkapi.

“Bagi kami adik-beradik, ibu dan bapa berpisah ketika saya berusia tujuh tahun.

“Tugas seorang ayah digalasnya seorang diri dalam menyediakan dan memenuhi keperluan kami sekeluarga,” katanya yang berasal dari Sungai Buloh.

Per’l menghargai wanita sebagai inspirasi dan titik tolak dalam kejayaan dan kebahagiaan melalui peraduan ‘Keranamu, Jadikanku’.

Turut hadir, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan Power Root (KPR) Azahar Baharudin dan Pengarah Eksekutif KPR See Thuan Po.

Disiarkan pada: December 16, 2015 @ 8:08am
d