mutakhir

Usahawan wanita banyak anugerah

Oleh Hamizah Badiran

Bertemakan ‘Crystal Nite 15’, Smart Reader® Worldwide menganjurkan malam anugerah gilang-gemilang untuk memberi penghargaan kepada francaisinya di samping meraikan ulang tahun ke-15 peneraju penyedia pendidikan awal kanak-kanak itu di Hotel Sunway Putra.

Pada malam penuh bersejarah itu, sebanyak 122 pusat Smart Reader Kids® dari Timur dan Barat Malaysia serta francaisi masing-masing diiktiraf atas pencapaian luar biasa mereka.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader® Worldwide Datin Sri Dr KH Wang, disahkan semula oleh Malaysia Book of Records (MBOR)) sebagai usahawan wanita yang menerima paling banyak anugerah.

Dengan 31 anugerah tempatan dan antarabangsa pada masa ini, namanya masih mengungguli usahawan wanita di Malaysia yang memegang rekod itu sejak 2011.

Beliau dianugerahkan Anugerah Pendidik Berwawasan di BIZZ 2015 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Anugerah Francaisi 2015 yang dinantikan pada malam itu dimenangi oleh Sua Yen Pei yang juga penerima Anugerah Diamond Radiant dan Anugerah Diamond penerima.

Francaisi Smart Reader Kids® Taman Inderawasih, Smart Reader Kids® Pusat Bandar Seberang Jaya, Perai dan Smart Reader Kids® Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini menyifatkan kejayaannya terletak pada sukatan pelajaran disediakan dalam program Smart Reader Kids® itu sendiri.

“Perniagaan francais pendidikan berbeza dengan perniagaan lain. Kami menyampaikan pengetahuan kepada generasi akan datang supaya mereka menjadi pemimpin masa depan cemerlang. Kualiti program Smart Reader Kids® serta komitmen sepenuh hati saya kunci kejayaan ini,” katanya.

Francaisi Smart Reader Kids® Tabuan Jaya Baru 2, Kuching dan Smart Reader Kids® Uni Garden, Kota Samarahan dan Smart Reader Kids® Stapok, Sarawak, Evelyn Law Yen Chui pula memilih Smart Reader® Worldwide kerana program disediakan berkualiti dan eksklusif.

Tidak terkecuali, francaisi Smart Reader Kids® Chong Hin Garden 1 dan 2, Sylvia Lim Pek Cheng bersyukur dia membuat keputusan tepat memilih francais prasekolah pendidikan terkenal, Smart Reader® Worldwide.

Bersungguh-sungguh dan semangat untuk berjaya diperlukan Sharon Chang Seok Chyi, francaisi Smart Reader Kids® Jalan Keretapi, Kuching dan Smart Reader Kids ® Jalan Rock, Kuching, Sarawak, untuk menjadi edupreneur berjaya.

“Smart Reader® Worldwide banyak menyokong kami. Saya menganggap Dr Wang sebagai mentor. The Reader Smart Kids® diprogram dan dibangunkan beliau diterima baik ibu bapa,” katanya.

Shireen Tan Li Peng, francaisi Smart Reader Kids® Desa Petaling 1 dan 2, berkata, kerja keras dan dedikasinya akhirnya berbayar menerusi pengiktirafan yang diterima.

Pada majlis sama, Mohd Rajaie Radzuan, francaisi Smart Reader Kids® Presint 11, Putrajaya, memenangi Emerging Franchisee of the Year 2015. Beliau menunjukkan kesungguhan mencapai keputusan cemerlang dalam tempoh setahun.

“Saya amat gembira menjalankan sendiri pusat Smart Reader Kids® ini. Ia bukan saja kerana jenama, tetapi juga lebih kepada memikirkan kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada metodologi pengajaran Smart Reader yang kreatif,” katanya.

Disiarkan pada: December 18, 2015 @ 6:52am
d