mutakhir

20 keluarga miskin terima sumbangan

Chukai: Seorang ibu bersama dua anak antara penerima sumbangan beras dan baju sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Kijal, dekat sini, semalam.

Tiga beranak itu antara 20 keluarga miskin termasuk tiga penghuni Projek Perumahan Rakyat Termiskin yang menerima sumbangan terbabit.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Harian Metro Othman Mamat yang juga Pengerusi TKHM bersama 20 sukarelawan yang berkunjung ke rumah mereka.

Kamariah Daud, 77, yang terkejut menerima kunjungan itu berterima kasih kerana memilih keluarganya untuk menerima sumbangan.

"Saya menghargai kunjungan dan sumbangan daripada Harian Metro kerana mampu meringankan beban saya," katanya.

Hari ini, program TKHM menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 100 murid sekolah rendah dan 50 pelajar sekolah menengah di Kijal.

Mereka dibawa ke Giant Superstore Kijal dan diraikan dalam jamuan di Masjid Jamek Kijal, dekat sini.

Disiarkan pada: December 21, 2015 @ 8:21am
d