mutakhir

'Sudah-sudahlah'

Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: “Sudah-sudahlah... tiada apa perlu kami cakap kerana sudah banyak berkecil hati dengan pihak media. Kami tahu (hidup) kami ini seperti ‘anak tiri’.”

Begitu kata Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latih Amal Bistari Muslim Ab Karim berhubung nama baru pusat berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahfiz Amal (PTA).

Tinjauan Harian Metro di lokasi yang terletak di Kilometer 17, Jalan Yan-Kuala Kedah Mukim Kangkong, di sini, semalam mendapati, pusat itu beroperasi seperti biasa dengan lebih 20 pelajar lelaki dan perempuan berusia bawah 12 tahun kelihatan sedang beriadah.

Muslim yang dihubungi berkata, beliau enggan mengulas lanjut sambil meminta wartawan menghubungi peguam mereka jika mahukan maklumat lanjut mengenai pusat berkenaan.

“Kami sudah tidak tahu mahu cakap apa lagi kerana selama ini jika kami memberitahu perkara benar sekalipun, pihak media tetap menulis perkara buruk mengenai kami. Saya minta maaf dan berharap semua pihak dapat menghormati kami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 31, 2015 @ 9:24am
d