mutakhir

Dua kena 10 pertuduhan

Ipoh: Dua lelaki yang sebelum ini didakwa kerana menipu dalam urusan pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk hospital sekitar Perak membabitkan anggaran kerugian RM747,000, didakwa pula dengan 10 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

A S S Robert, 48 dan N Narendran, 35, pada awal tahun ini didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh, didakwa pula melakukan kesalahan mengubah wang daripada aktiviti haram membabitkan kes penipuan sama berlaku pada Jun hingga Julai 2014.

Tertuduh pertama S Robert didakwa dengan enam pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta
Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 membabitkan wang keseluruhan RM746,400 yang dikeluarkan melalui mesin ATM dan cek tunai daripada akaun milik Mesna Medical Supplies di CIMB Bank Berhad, di Puchong, Selangor pada 25 Jun hingga 4 Julai 2014.

Pertuduhan di Mahkamah Sesyen 1 itu, dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman, di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam B Sivaruben.

Disiarkan pada: December 4, 2015 @ 6:24am
d