mutakhir

'UMNO, ahli sudah matang'

Kuala Lumpur: UMNO dan ahlinya sudah matang dan tidak akan mencetuskan sebarang masalah sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 termasuklah membahaskan isu sensitif membabitkan kaum.

Keyakinan itu disuarakan Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor sambil menegaskan pada masa sama pihaknya sentiasa mengingatkan semua pembahas menjaga keharmonian dengan tidak menyakiti UMNO dan orang lain.

Katanya, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama perlu dihormati bagi memelihara keharmonian dalam semangat bersama.

“Saya yakin bahawa perwakilan, parti dan ahli UMNO sudah matang sebab kita sudah lebih 69 tahun. InsyaAllah, 11 Mei tahun depan kita akan jadi 70 tahun.

“Walaupun kita tahu perhimpunan parti komponen yang lain, mereka juga ada menegur masalah UMNO, orang Melayu dan sebagainya. Kita minta perkara ini jangan dibangkitkan,” katanya pada sidang media mengenai PAU 2015 di Menara Dato’ Onn, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Disiarkan pada: December 4, 2015 @ 6:37am
d