mutakhir

Platform terbaik

Kuala Lumpur : Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengadakan lawatan ke Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan mereka mengenai suasana kerja dan aktiviti sesebuah syarikat media cetak.

Lawatan membabitkan seramai 15 delegasi PCG itu terlebih dahulu diberikan taklimat korporat mengenai NSTP sebelum dibawa melawat ke bahagian editorial dan Pusat Sumber NSTP.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata, lawatan itu adalah platform terbaik untuk pihaknya lebih memahami mengenai operasi media dan pada masa sama, melihat kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua pihak.

“PCG memiliki perjalanan perniagaan yang menarik dan ia mungkin boleh dikongsi dengan orang ramai melalui kerjasama NSTP,” katanya pada sesi lawatan itu, semalam.

Hadir sama, Sekretariat Korporat dan Ketua Undang-Undang PCG, Syed Marzidy Syed Marzuki, Ketua Bahagian Komersialnya, Akbar Md Thayoob dan Ketua Pegawai Inovasi dan Teknologinya, Ross Gilmour.

Delegasi NSTP pula diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad@Salim Bachok, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Harian Metro, Othman Mamat dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali.

Disiarkan pada: December 5, 2015 @ 5:18am
d