mutakhir

'Dia sempurna di hati'

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: “Bukan kerana sayang atau kasihan, tetapi saya kahwini Ayie ikhlas kerana Allah SWT dan yakin dia jodoh saya,” demikian pengakuan jujur Noor Farahin Roslan, 28, wanita luhur yang sanggup mempertaruhkan hidupnya mengahwini lelaki cacat anggota badan sejak lahir.

Wanita normal itu berkata, dia yakin keputusan mengahwini lelaki berkenaan tepat, malah bersyukur Allah mempertemukan jodohnya dengan Ayie atau Mohd Bokhuri Ali, 28, pembantu tadbir di hospital di Sungai Petani, Kedah.

Ayie cacat kedua-dua tangan dan kaki, namun kekurangan itu bukan penghalang Noor Farahin menerima cinta lelaki terbabit seikhlas hati.

“Tak pernah terfikir langsung menyesal berkahwin dengannya walaupun pada luaran Ayie begitu (cacat), tetapi dia sempurna di hati saya, malah banyak berdikari dan tidak menyusahkan saya.

“Sebelum ini memang ada juga ‘suara’ kedengaran menasihati supaya saya berfikir panjang jika hendak berkahwin dengannya kerana bimbang masa depan saya gelap.

“Tetapi Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun keempat perkahwinan kami, Ayie membuktikan dia mampu membahagiakan saya tanpa sedikit pun rasa kurang,” kata suri rumah terbabit ketika dihubungi di Sungai Petani, Kedah.

Metro Ahad semalam melaporkan mengenai perkahwinan insan OKU dengan wanita normal yang sama-sama melayari bahtera rumah tangga atas dasar cinta dan menepis semua tanggapan dan pandangan negatif masyarakat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 11, 2016 @ 10:17am
d