mutakhir

Nafi koperasi cekik darah

Kuala Lumpur: Dakwaan segelintir pihak terhadap harga jualan koperasi sekolah yang kononnya ‘cekik darah’ dan memaksa pelajar membeli barang keperluan ditetapkan disangkal Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) selepas agensi itu membuat pemeriksaan di lebih 80 koperasi sekolah seluruh negara.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung dakwaan itu yang dikatakan berlaku pada akhir Disember lalu ketika ibu bapa sedang sibuk membeli barang keperluan dan kelengkapan persekolahan anak mereka.

“Kami membuat pemeriksaan di koperasi sekolah di seluruh negara dan mendapati dakwaan itu tidak tepat, malah ia amat mengguris perasaan guru sekolah terbabit yang bertungkus- lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada ibu bapa dan murid.

“Pihak berkenaan tidak sepatutnya membuat perbandingan harga antara koperasi sekolah terutama membabitkan sekolah di kawasan luar bandar dengan sekolah kawasan bandar kerana pastinya terdapat sedikit perbezaan harga,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2016 @ 8:40am
d