mutakhir

Banjir parit tersumbat

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Hujan lebat bermula jam 4 petang semalam mengakibatkan beberapa jalan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat.

Antara kawasan dinaiki air adalah kawasan kediaman sekitar Jalan Pantai Dalam, Jalan Kubur dan beberapa laluan susur keluar berhampiran Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menuju perumahan Pantai Permai.

Selain itu, banjir kilat turut berlaku di Jalan Bangsar serta kawasan Pangsapuri Putra Ria, di sini, bagaimanapun banjir kembali surut sejam kemudian.

Masalah peparitan dan longkang tersumbat dipercayai menjadi punca kawasan terbabit dinaiki air secara mendadak sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Disiarkan pada: January 16, 2016 @ 7:09am
d