mutakhir

Bikin cuak jumpa 'bom'

Kuala Lumpur: Penduduk kondominium di Jalan Kuching di sini, gempar apabila menemui kotak dibungkus plastik hitam yang disangka berisi bom.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, bungkusan kotak itu ditemui diletakkan di atas pokok di belakang kondominium berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohd Sukri Kaman berkata, penghuni kediaman itu turut menemui silinder gas yang disyaki mengandungi bahan letupan di bawah pokok sama.

Susulan itu sepasukan polis Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dihantar ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

“Bagaimanapun sebaik kotak itu dibawa turun, pemeriksaan mendapati ia hanya kotak polisterin kosong yang dibungkus plastik hitam.

“Tiada objek berbahaya ditemui di dalam kotak itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Disiarkan pada: January 20, 2016 @ 6:22am
d