mutakhir

Orang ramai pilih minuman berais [METROTV]

Kuala Lumpur: Permintaan terhadap air kelapa, cendol, serta tebu semakin meningkat berikutan fenomena cuaca panas dan kering yang melanda negara sekarang.

Tinjauan Harian Metro mendapati, orang ramai memilih minuman berais berbanding mineral bagi menghilangkan rasa dahaga ketika melakukan aktiviti luar rumah.

Peniaga Ramlah Ishak, 34, mengakui perniagaan air ketika musim panas ini mendapat sambutan baik apabila dia dapat menjual dua hingga tiga balang bagi minuman tertentu.

“Walaupun saya tidak menjual air kelapa, namun sambutan terhadap cendol serta tiga jenis air sangat baik apabila dalam sehari saya mampu menjual lebih 400 cawan air.

“Berbanding bulan lalu, sambutan terhadap makanan dan minuman perlahan serta berkurang kerana ibu bapa lebih memfokuskan perbelanjaan persediaan persekolahan anak,” katanya ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), semalam.

Berkongsi pendapat sama, Nurizan Abu Bakar, 40, yang bekerja sendiri berkata, dia sentiasa membekalkan anak dengan air kosong dari rumah bagi memudahkan mereka menghilangkan rasa dahaga di sekolah.

Disiarkan pada: January 26, 2016 @ 9:28am
d